Salam.
Sebagai memenuhi permintaan Kak
UmmiRosma di Brunei, di sini Nur
serta resepi lauk kegemaran Nur.
"Lepas ni Kak UmmiRosma bolehlah cuba ye.. Gerenti sedapppp!!!"
Sumber resepi : Bonda tersayang
"Lepas ni Kak UmmiRosma bolehlah cuba ye.. Gerenti sedapppp!!!"
Resepi Ayam
goreng masak kicap lada hitam
Sumber resepi : Bonda tersayang
Bahan2
:
1/2 ekor ayam-dipotong kecil
10 ulas
bawang merah-dimayang halus
3 ulas
bawang putih-dihiris halus
Halia
sebesar ibu jari-dicincang halus
Kulit kayu
manis, Bunga lawang
1/2 senduk
kicap manis
1/2 senduk
kicap masin
2 camca lada
hitam-ditumbuk halus
Cara2
membuatnya :
1. Ayam yang telah dipotong kecil2
dilumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, kemudian digoreng terlebih
dahulu kemudian diketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali,
kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga
lawang dan lada hitam sehingga bawang merah tersebut
kekuning-kuningan.
3. Kemudian kecilkan api, dan
masukkan kicap manis, kicap masin dan ayam yang telah digoreng
tadi.
4. Gaul ayam sehingga rata dan
kemudian bolehlah dihidangkan.
Catatan : Ayam boleh digantikan dengan
ikan contohnya ikan kerisi, ikan merah atau ikan tenggiri yang telah digoreng
bersama garam kunyit terlebih dahulu. Sekiranya suka, bolehlah menghias dengan
hirisan daun sup dan daun bawang.
Selamat mencuba.. :)
Selamat mencuba.. :)