Saturday 22 September 2012

Resepi Ayam Goreng Masak Kicap Lada Hitam

Salam.

Sebagai memenuhi permintaan Kak UmmiRosma di Brunei, di sini Nur serta resepi lauk kegemaran Nur.

"Lepas ni Kak UmmiRosma bolehlah cuba ye.. Gerenti sedapppp!!!"


Resepi Ayam goreng masak kicap lada hitam

Sumber resepi : Bonda tersayang
 
Bahan2 :
1/2 ekor ayam-dipotong kecil
10 ulas bawang merah-dimayang halus
3 ulas bawang putih-dihiris halus
Halia sebesar ibu jari-dicincang halus
Kulit kayu manis, Bunga lawang
1/2 senduk kicap manis
1/2 senduk kicap masin
2 camca lada hitam-ditumbuk halus
Cara2 membuatnya :
1. Ayam yang telah dipotong kecil2 dilumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, kemudian digoreng terlebih dahulu kemudian diketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan lada hitam sehingga bawang merah tersebut kekuning-kuningan.
3. Kemudian kecilkan api, dan masukkan kicap manis, kicap masin dan ayam yang telah digoreng tadi.
4. Gaul ayam sehingga rata dan kemudian bolehlah dihidangkan.
 
Catatan : Ayam boleh digantikan dengan ikan contohnya ikan kerisi, ikan merah atau ikan tenggiri yang telah digoreng bersama garam kunyit terlebih dahulu. Sekiranya suka, bolehlah menghias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

Selamat mencuba.. :)

No comments: