Saturday 22 September 2012

Resepi Banana Chocolate Muffins (resepi Chef Wan)

Salam buat semua,

Kali ni Nur cuba resepi muffin pula.. Teringin pula nak merasa makan muffin. Apa lagi Nur pun google la.. Terjumpa resepi ni di laman facebook Kongsi Resepi.

Cubaan pertama yang sungguh memuaskan hati..



Cubaan membakar muffin.. Memang moist dan gebu..

Ada sesiapa teringin ke?? Nur kongsi resepinya di bawah...



Hidangan muffin sebagai menu sarapan di hari minggu bersama suami tersayang..



Puas makan.. Yummy... :)


Ni resepinya...
 
 
Resepi Banana Chocolate Muffins (resepi Chef Wan)

Sumber : http://cetusanrasa-nba.blogspot.com/2011/05/banana-chocolate-muffins-resepi-chef.html

Bahan-bahannya:
1/2 cawan mentega >> Nur guna brand Farmcow
1 cawan gula perang >> (kalau guna 3/4 cawan pun ok untuk mereka yang tidak kuat manis)
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek >> Nur guna pisang berangan yang masak ranum
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna >> Nur guna tepung jenama Blue Key
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips >> Nur guna brand Hershey's

pisang dipotong bulat dan chocolate chips untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam ke dalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin. Hiaskan di atas adunan dengan pisang yang dipotong bulat dan taburkan chocolate chips. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit. >> (Nur potong pisang sesuka hati je untuk hiasan dan bakar lama sikit 30 minit).

Resepi ini dikongsi oleh Puan Zuryanty dari facebook Kongsi Resepi.
Klik di SINI

Resepi Ayam Goreng Masak Kicap Lada Hitam

Salam.

Sebagai memenuhi permintaan Kak UmmiRosma di Brunei, di sini Nur serta resepi lauk kegemaran Nur.

"Lepas ni Kak UmmiRosma bolehlah cuba ye.. Gerenti sedapppp!!!"


Resepi Ayam goreng masak kicap lada hitam

Sumber resepi : Bonda tersayang
 
Bahan2 :
1/2 ekor ayam-dipotong kecil
10 ulas bawang merah-dimayang halus
3 ulas bawang putih-dihiris halus
Halia sebesar ibu jari-dicincang halus
Kulit kayu manis, Bunga lawang
1/2 senduk kicap manis
1/2 senduk kicap masin
2 camca lada hitam-ditumbuk halus
Cara2 membuatnya :
1. Ayam yang telah dipotong kecil2 dilumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, kemudian digoreng terlebih dahulu kemudian diketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan lada hitam sehingga bawang merah tersebut kekuning-kuningan.
3. Kemudian kecilkan api, dan masukkan kicap manis, kicap masin dan ayam yang telah digoreng tadi.
4. Gaul ayam sehingga rata dan kemudian bolehlah dihidangkan.
 
Catatan : Ayam boleh digantikan dengan ikan contohnya ikan kerisi, ikan merah atau ikan tenggiri yang telah digoreng bersama garam kunyit terlebih dahulu. Sekiranya suka, bolehlah menghias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

Selamat mencuba.. :)

Resepi Chocolate chips Cookies Ala Famous Amous

Resepi Chocolate chips Cookies Ala Famous Amous
Sumber : http://cetusanrasa-nba.blogspot.com/2011/10/resepi-chocolate-chips-cookies-ala.html

Terima kasih pada Kak Ina (pemilik asal resepi ini).
Cookies yang telah siap dibakar.
Adunan sebelum dan selepas dibakar.

Sumber Asal Resepi :
http://www.kakinakl.com/2010/09/resepi-chocolate-chips-ala-famous-amos.html
 
Ditaip semula oleh Nur Cetusan Rasa
 
Bahan2 1 :
1 cawan butter - (Nur guna 250 gram butter jenama Farmcow)
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang/brown sugar – (Nur guna ½ cawan sahaja - sesuai untuk yg tidak suka terlalu manis)
-Ketiga2 bahan ini dipukul sehingga kembang.
Bahan2 2:
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla
Bahan2 3 :
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 sudu kecil soda bicarbonate – (Nur tak masukkan pun.)
2 ½ cawan oat –dikisar halus (Nur ganti oat dengan 1 1/2 cawan Nestum yang dikisar halus)
12 oz. chocolate chips (Nur guna 1 cawan chocolate chips jenama Van Houten)
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 ½ cawan kekacang (dicincang)- terpulang sama ada nak masukkan walnut, almond atau hazelnut- (Nur tak masukkan pun)
9 oz. Chocolate Cadbury/ coklat masakan - diparut - (Nur tak masukkan pun)
Cara-cara Membuat:
1. Pukul butter dengan gula halus dan gula perang hingga gebu.
2. Masukkan Bahan2 2 iaitu telur dan vanilla.
3. Kemudian masukkan kesemua Bahan2 3 dan gaul hingga rata.
4. Kemudian sudukan adunan ke dalam loyang dalam jarak 2 inci. – (Nur kepal2 sahaja dan kemudian taburkan lebihan chocolate chips di atas adunan cookies sebelum dibakar. Dulang pembakar Nur sapukan dengan marjerin supaya tidak melekat. Kak Ina KL gunakan kertas minyak dan letakkannya di atas dulang pembakar. Perhatian : Jangan sudukan terlalu besar sebab adunan akan kembang)
5. Kemudian bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 170 darjah Celcius.- (Nur bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah Celcius untuk lebih rangup. Menurut Kak Ina KL, semuanya bergantung pada oven masing-masing)
6. Sejukkan pada redai dan masukkan dalam bekas kedap udara.
Terima kasih buat Kak Ina KL kerana berkongsi resepi ini dengan kami semua.
Kepada mereka yang rajin mencuba resepi baru, anda tak rugi untuk mencuba.. Resepi ni sangat mudah dan Nur dapat hasilkan sebanyak 3 balang cookies untuk satu aduanan. Boleh rujuk gambar di entri INI.
Ok selamat mencuba (^_^)

 
 


UPDATED

Thanks to Kak UmmiRosma (dari Brunei) di atas entrinya. Beliau dan anak2nya telah sama mencuba resepi ni. Ini linknya..

Resepi Keladi Goreng dan Sambal Kicap

Keladi yang belum digoreng yang dipotong memanjang.

Resepi Keladi Goreng dan Sambal Kicap

Sumber : http://cetusanrasa-nba.blogspot.com/2012/05/keladi-goreng-cicah-sambal-kicap.html
 

Cara2 Untuk Membuat Keladi Goreng :
1) 2 sudu besar ketumbar ditumbuk bersama 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih hingga lumat.

2) Kemudian bahan yang telah ditumbuk tadi digaulkan bersama sedikit serbuk kunyit dan garam halus (secukup rasa).

3) Tambahkan sedikit tepung serbaguna Kentucky dan gaul hingga rata.

4) Jika terlalu kering, renjiskan sedikit air.

p/s : Lebih sedap jika adunan ni diperap bersama keladi tadi.

5) Kemudian goreng keladi tadi hingga berwarna kekuningan.

Keladi yang sedang digoreng di atas kuali.

Bahan2 untuk membuat sambal kicap yang dimasukkan di dalam blender.


Sambal kicap

Cara2 membuatnya :

1) Lada merah, cili api (ikut suka) dan lebih kurang 2 ulas bawang putih digoreng dengan sedikit minyak hingga layu.

2) Kemudian kisar bersama gula, kicap dan sedikit air asam jawa hingga halus. Jika tidak suka pedas, belah lada dan cili api tadi dan basuh bijinya supaya kurang pedas.


Keladi goreng yang telah siap. Dimakan bersama sambal kicap.




SELAMAT MENCUBA!

Resepi Asam Pedas Batang Keladi

Salam buat semua,
Tentu kaum ibu sedang sibuk di dapur menyiapkan juadah makan tengah hari. Anda masak apa hari ni? Ada tak yang teringin nak makan asam pedas batang keladi. Kebetulan, hari ni Nur ingin berkongsi langkah2 untuk membuat menu kegemaran Nur iaitu Asam Pedas Batang Keladi.

 
Asam Pedas Batang Keladi
Sumber resepi : Bonda Kesayanganku.


1) Pertama sekali, anda perlu basuh sayur batang keladi yang telah dipotong2 memanjang (anggaran 2 inci) dan rebuskan di dalam air mendidih sehingga empuk dan layu.



2) Kemudian kisarkan bahan2 untuk menumis.


Bahan2 yang perlu dikisar :

Segenggam ikan bilis, 4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih.
(Bergantung pada kuantiti batang keladi yang direbus tadi.)



3) Blender cili kisar : Anggaran 2 senduk (ikut pada kuantiti batang keladi yang hendak dimasak)



4) Inilah rupa batang keladi yang telah direbus sehingga empuk.



5) Tapis dan toskan airnya.




6) Panaskan minyak di dalam periuk, kemudian tumiskan bahan2 ysng dikisar tadi sehingga naik bau.





7) Kemudian masukkan cili kisar dan kacau hingga rata. Pastikan cili kisar tadi benar-benar masak (Tambahkan sedikit minyak, jika perlu)


\

8) Selepas itu, masukkan 2 sudu besar gula (secukup rasa).






9) Masukkan juga sedikit air asam jawa.



10) Selepas ni masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

(Kuantiti air bergantung pada kuantiti batang keladi tadi. Pastikan kuah asam pedas yang dimasak tidak terlalu cair.)



11) Jangan lupa masukkan juga garam (secukup rasa) dan bahan perisa (jika suka).



12) Akhir sekali masukkan batang keladi yang telah direbus tadi dan kacau hingga rata. Biarkan mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan asam pedas batang keladi telah sedia untuk dihidang.



13) Inilah rupa, asam pedas batang keladi yang siap untuk dihidangkan.






Inilah menu kegemaran Nur dimakan bersama ikan goreng.
Menu wajib setiap kali pulang ke kampung.

Resepi ni Nur kongsikan hasil tunjuk ajar bonda tersayang.

SELAMAT MENCUBA...

Resepi Ikan Siakap Stim (Resepi Kakak)

 



 
Ikan siakap stim
 


Sedia untuk dimakan bersama nasi putih.

 

Resepi Ikan Siakap Stim (Resepi Kakak)

Sumber : Nur-nba ( http://cetusanrasa-nba.blogspot.com )

Bahan2 :
~ seekor  ikan siakap / ikan selar besar (saiz sederhana)
~ 1 biji bawang besar - dicincang
~ aluminium foil
~ sebiji lobak merah - dihiris memanjang
~ 3 biji limau kasturi (dibelah dua)
~ sedikit daun ketumbar / daun sup - dihiris
~ sebiji tomato - dibelah empat


Bahan2 A (untuk dikisar) :
~ 3 batang serai - dipotong halus
~ 1 inci halia - dihiris nipis2
~ 5 ulas bawang putih
~ 3 ulas bawang merah
~ 1 sudu besar asam jawa Extra
~ 1 1/2 sudu besar sos tiram
~ 1/2 kiub stok ayam Knorr
~ secubit garam
~ 4 ulas cili api & 1 biji lada merah (terlupa  taip tadi...maaf ye kawan2.. )


***Kesemua Bahan2 A ini dikisar dengan sedikit air sehingga halus.

Cara2 membuatnya :
1. Bahan2 A tadi dikisar sehingga halus.
2. Ikan siakap / selar besar dicuci bersih dan ditoskan.
3. Bentangkan aluminium foil dan susun separuh hirisan lobak merah, tomato, daun ketumbar dan bawang besar di atasnya.
4. Kemudian letakkan satu sudu besar Bahan2 A yang telah dikisar tadi ke atas susunan sayur-sayuran dan bawang besar tadi.
5. Letakkan ikan siakap / selar besar di atasnya dan tuangkan Bahan2 A selebihnya di atas ikan tersebut. Lumurkan sehingga rata hingga ke dalam belahan ikan dan kepalanya.
6.Sekali lagi, susunkan separuh hirisan lobak merah, tomato, daun ketumbar  dan bawang besar tadi di atas ikan.
7. Kemudian, bungkuskan aluminium foil tadi (sila rujuk gambar di atas).
8. Akhir sekali, kukus ikan selama lebih kurang 10 minit.
9. Ikan siakap stim sedia untuk dihidang. Hidangkan bersama limau kasturi untuk diperahkan ke atas ikan siakap stim tadi.

SELAMAT MENCUBA.

~p/s : Ada tips atau petua dari kakak, untuk mengelakkan masakan tidak jadi terlalu pedas, kuantiti cili api dan lada merah yang dimasukkan ke dalam masakan tersebut dalam kuantiti ganjil (contohnya 3 ulas, 5 ulas dsb..). Seulas daripadanya tidak dibuangkan tangkai dan terus dikisar bersama dengan tangkainya untuk mengelakkan daripada terkena penyakit seperti sakit perut.

Ada versi kedua resepi ni.. Itu pun jika rakan2 suka, boleh juga tambahkan 1 sudu besar pes tomyam dengan bahan2 kisar tadi.