Saturday 22 September 2012

Resepi Ikan Siakap Stim (Resepi Kakak)

 



 
Ikan siakap stim
 


Sedia untuk dimakan bersama nasi putih.

 

Resepi Ikan Siakap Stim (Resepi Kakak)

Sumber : Nur-nba ( http://cetusanrasa-nba.blogspot.com )

Bahan2 :
~ seekor  ikan siakap / ikan selar besar (saiz sederhana)
~ 1 biji bawang besar - dicincang
~ aluminium foil
~ sebiji lobak merah - dihiris memanjang
~ 3 biji limau kasturi (dibelah dua)
~ sedikit daun ketumbar / daun sup - dihiris
~ sebiji tomato - dibelah empat


Bahan2 A (untuk dikisar) :
~ 3 batang serai - dipotong halus
~ 1 inci halia - dihiris nipis2
~ 5 ulas bawang putih
~ 3 ulas bawang merah
~ 1 sudu besar asam jawa Extra
~ 1 1/2 sudu besar sos tiram
~ 1/2 kiub stok ayam Knorr
~ secubit garam
~ 4 ulas cili api & 1 biji lada merah (terlupa  taip tadi...maaf ye kawan2.. )


***Kesemua Bahan2 A ini dikisar dengan sedikit air sehingga halus.

Cara2 membuatnya :
1. Bahan2 A tadi dikisar sehingga halus.
2. Ikan siakap / selar besar dicuci bersih dan ditoskan.
3. Bentangkan aluminium foil dan susun separuh hirisan lobak merah, tomato, daun ketumbar dan bawang besar di atasnya.
4. Kemudian letakkan satu sudu besar Bahan2 A yang telah dikisar tadi ke atas susunan sayur-sayuran dan bawang besar tadi.
5. Letakkan ikan siakap / selar besar di atasnya dan tuangkan Bahan2 A selebihnya di atas ikan tersebut. Lumurkan sehingga rata hingga ke dalam belahan ikan dan kepalanya.
6.Sekali lagi, susunkan separuh hirisan lobak merah, tomato, daun ketumbar  dan bawang besar tadi di atas ikan.
7. Kemudian, bungkuskan aluminium foil tadi (sila rujuk gambar di atas).
8. Akhir sekali, kukus ikan selama lebih kurang 10 minit.
9. Ikan siakap stim sedia untuk dihidang. Hidangkan bersama limau kasturi untuk diperahkan ke atas ikan siakap stim tadi.

SELAMAT MENCUBA.

~p/s : Ada tips atau petua dari kakak, untuk mengelakkan masakan tidak jadi terlalu pedas, kuantiti cili api dan lada merah yang dimasukkan ke dalam masakan tersebut dalam kuantiti ganjil (contohnya 3 ulas, 5 ulas dsb..). Seulas daripadanya tidak dibuangkan tangkai dan terus dikisar bersama dengan tangkainya untuk mengelakkan daripada terkena penyakit seperti sakit perut.

Ada versi kedua resepi ni.. Itu pun jika rakan2 suka, boleh juga tambahkan 1 sudu besar pes tomyam dengan bahan2 kisar tadi.


 

 

No comments: