Saturday, 22 September 2012

Resepi Banana Chocolate Muffins (resepi Chef Wan)

Salam buat semua,

Kali ni Nur cuba resepi muffin pula.. Teringin pula nak merasa makan muffin. Apa lagi Nur pun google la.. Terjumpa resepi ni di laman facebook Kongsi Resepi.

Cubaan pertama yang sungguh memuaskan hati..



Cubaan membakar muffin.. Memang moist dan gebu..

Ada sesiapa teringin ke?? Nur kongsi resepinya di bawah...



Hidangan muffin sebagai menu sarapan di hari minggu bersama suami tersayang..



Puas makan.. Yummy... :)


Ni resepinya...
 
 
Resepi Banana Chocolate Muffins (resepi Chef Wan)

Sumber : http://cetusanrasa-nba.blogspot.com/2011/05/banana-chocolate-muffins-resepi-chef.html

Bahan-bahannya:
1/2 cawan mentega >> Nur guna brand Farmcow
1 cawan gula perang >> (kalau guna 3/4 cawan pun ok untuk mereka yang tidak kuat manis)
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek >> Nur guna pisang berangan yang masak ranum
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna >> Nur guna tepung jenama Blue Key
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips >> Nur guna brand Hershey's

pisang dipotong bulat dan chocolate chips untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam ke dalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin. Hiaskan di atas adunan dengan pisang yang dipotong bulat dan taburkan chocolate chips. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit. >> (Nur potong pisang sesuka hati je untuk hiasan dan bakar lama sikit 30 minit).

Resepi ini dikongsi oleh Puan Zuryanty dari facebook Kongsi Resepi.
Klik di SINI

Resepi Ayam Goreng Masak Kicap Lada Hitam

Salam.

Sebagai memenuhi permintaan Kak UmmiRosma di Brunei, di sini Nur serta resepi lauk kegemaran Nur.

"Lepas ni Kak UmmiRosma bolehlah cuba ye.. Gerenti sedapppp!!!"


Resepi Ayam goreng masak kicap lada hitam

Sumber resepi : Bonda tersayang
 
Bahan2 :
1/2 ekor ayam-dipotong kecil
10 ulas bawang merah-dimayang halus
3 ulas bawang putih-dihiris halus
Halia sebesar ibu jari-dicincang halus
Kulit kayu manis, Bunga lawang
1/2 senduk kicap manis
1/2 senduk kicap masin
2 camca lada hitam-ditumbuk halus
Cara2 membuatnya :
1. Ayam yang telah dipotong kecil2 dilumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, kemudian digoreng terlebih dahulu kemudian diketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan lada hitam sehingga bawang merah tersebut kekuning-kuningan.
3. Kemudian kecilkan api, dan masukkan kicap manis, kicap masin dan ayam yang telah digoreng tadi.
4. Gaul ayam sehingga rata dan kemudian bolehlah dihidangkan.
 
Catatan : Ayam boleh digantikan dengan ikan contohnya ikan kerisi, ikan merah atau ikan tenggiri yang telah digoreng bersama garam kunyit terlebih dahulu. Sekiranya suka, bolehlah menghias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

Selamat mencuba.. :)