Saturday 22 September 2012

Resepi Asam Pedas Batang Keladi

Salam buat semua,
Tentu kaum ibu sedang sibuk di dapur menyiapkan juadah makan tengah hari. Anda masak apa hari ni? Ada tak yang teringin nak makan asam pedas batang keladi. Kebetulan, hari ni Nur ingin berkongsi langkah2 untuk membuat menu kegemaran Nur iaitu Asam Pedas Batang Keladi.

 
Asam Pedas Batang Keladi
Sumber resepi : Bonda Kesayanganku.


1) Pertama sekali, anda perlu basuh sayur batang keladi yang telah dipotong2 memanjang (anggaran 2 inci) dan rebuskan di dalam air mendidih sehingga empuk dan layu.



2) Kemudian kisarkan bahan2 untuk menumis.


Bahan2 yang perlu dikisar :

Segenggam ikan bilis, 4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih.
(Bergantung pada kuantiti batang keladi yang direbus tadi.)



3) Blender cili kisar : Anggaran 2 senduk (ikut pada kuantiti batang keladi yang hendak dimasak)



4) Inilah rupa batang keladi yang telah direbus sehingga empuk.



5) Tapis dan toskan airnya.




6) Panaskan minyak di dalam periuk, kemudian tumiskan bahan2 ysng dikisar tadi sehingga naik bau.





7) Kemudian masukkan cili kisar dan kacau hingga rata. Pastikan cili kisar tadi benar-benar masak (Tambahkan sedikit minyak, jika perlu)


\

8) Selepas itu, masukkan 2 sudu besar gula (secukup rasa).






9) Masukkan juga sedikit air asam jawa.



10) Selepas ni masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

(Kuantiti air bergantung pada kuantiti batang keladi tadi. Pastikan kuah asam pedas yang dimasak tidak terlalu cair.)



11) Jangan lupa masukkan juga garam (secukup rasa) dan bahan perisa (jika suka).



12) Akhir sekali masukkan batang keladi yang telah direbus tadi dan kacau hingga rata. Biarkan mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan asam pedas batang keladi telah sedia untuk dihidang.



13) Inilah rupa, asam pedas batang keladi yang siap untuk dihidangkan.






Inilah menu kegemaran Nur dimakan bersama ikan goreng.
Menu wajib setiap kali pulang ke kampung.

Resepi ni Nur kongsikan hasil tunjuk ajar bonda tersayang.

SELAMAT MENCUBA...

No comments: