Saturday 15 February 2014

Resepi Butterscotch Bread Pudding - Resepi Cik Mat Gebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar kawan2 blogger semua? Nur harap semunya sihat.. Dah berzaman biarkan blog ni bersawang... Terlupa akan kewujudannya... Nur ni pun bukannya selalu sangat masak.. al-maklumlah wanita berkerjaya...

Ok.. hari ni Nur cuma copy paste entri dari blog Nur yang satu lagi.

Nur nak kongsi resepi berikut :



Resepi Butterscotch Bread Pudding

Kredit resepi Cik Mat Gebu . Terima kasih buat Cik Mat Gebu kerana telah mengolah /mengubahsuai resepi asal daripada Kak Hana.. Dan ternyata resepi ni memang sedap... Nur dah buat beberapa kali dan ternyata hasilnya tidak mengecewakan.. TQ Cik Mat Gebu, mohon izin untuk Nur kongsi resepi di sini untuk rujukan..


BAHAN-BAHAN UNTUK BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING :
5 keping roti Delicia Butterscotch Gardenia, dipotong kiub
2 camca besar coklat cip ( Nur tambahkan sedikit taburan chocolate rice)

* 1  cawan susu sejat  ( Nur guna 1 tin susu cair )
* 1 biji telur gred A
* 1 camca besar gula halus
* 1 camca teh esen vanilla ( Nur guna 1 penutup esen vanila itu sendiri )
* 1 camca besar mentega -  yang dicairkan dan disejukkan

Sedikit mentega (dipotong kiub kecil-kecil )- Untuk diletakkan di atas bancuhan sebelum dibakar.

Cara2 membuatnya :

UNTUK BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING :

1. Satukan bahan2 bertanda (*) dan kacau rata dengan whisk, ketepikan.
2. Lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci dengan mentega.
3. Susun 1/2 bahagian roti yang dipotong kiub taburkan 1 camca besar coklat chip.
4. Susun baki roti, kemaskan.
4. Kemudian tuang bancuhan yang dikacau tadi atas roti.
5. Biar hingga cecair terserap. Tabur rata2 baki coklat cip atasnya.
6. Kemudian jatuhkan sedikit mentega pada permukaannya.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah Celcius, selama 30 minit.
8. Bila pudding masak, keluarkan dari oven dan biarkan hingga sejuk.




Begini rupanya sebelum dibakar. 


Inilah hasilnya... Bread pudding yang telah siap dibakar.



Ini pula bahan2 untuk kuah kastard


BAHAN-BAHAN KUAH KASTARD :
 1 cawan susu segar
 2 camca besar air
1 camca besar penuh gula halus
1 camca besar penuh tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla (Nur guna 1 penutup esen vanila itu sendiri)




Bahan2 yang telah dicampurkan.


Inilah rupa kuah kastard yang telah siap/ pekat...

Cara2 untuk membuat kuah kastard :
1. Satukan semua bahan2 untuk sos kastard, kecuali esen vanilla
2. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan tidak berbintil.
3. Jangan lupa ye... masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga sos kastard pekat.
4. Akhir sekali, masukkan esen vanilla
5. Kacau rata dan matikan api.
6. Sejukkan.

*****************************************************
Selingan...

Ini pula gambar bread pudding batch kedua...Actually memang sengaja buat lebih sebab nak habis stok roti kat rumah...



Sebelum dibakar - Loyang 2


Selepas dibakar - Loyang 2


Jemput makan ye...  (Maaf gambar ni tak cantik sebab guna camera hp je..)

Cubalah ye kawan2... Mudah dan sedap...
Sekian dulu, sampai jumpa lagi di lain entri..

Wassalam.